Saturday, November 24, 2018

Pengalaman di Tingkatan 6

Pengalaman di tingkatan 6 sesi 2016/2017

Hi assalamualaikum semua. Selamat datang ke blog sye ni. hehe, eh eh.
Okay aku straight to the point jelah eh. 

Okay aku ni student biasa2 je, tk pandai sangat dan tk terlalu pandai, normal la tu kan. hehe. So result SPM aku tk la sebaik mana, hanya skor 1A shj. Tapi aku masih menaruh harapan untuk mendapat tempat di universiti awam. Sebelum tu, aku tk pernah tahu pun wujudnya tingkatan 6 ni, hanya tau matrikulasi je sbb cikgu sekolah aku selalu promote matriks ni. Oh ya, aku ada apply juga utk matriks ni tp aku tk harap sgt pun nk msuk matriks, so aku pun tk check la samaada aku dpt ke tk tawaran ke matriks tu.

Untuk yg tak tahu form 6/tingkatan 6 tu apa, meh aku ringkaskan lah yer, form 6 ni ada 3 sem je, blaja ala uni tp kt skolah la. ada 4 subjek je, 1 subjek wajib, iaitu pengajian am. Subjek lain bergantung lah kpd sekolah tu yg menawarkan subjek apa. mcm skola aku ada subjek p.Am, BM, Sejarah dan Ekonomi. so blaja 4 subjek ni utk 3 sem. Pakaian formal la, baju kolar seluar slack, kasut hitam kan. Tak lupa juga pakai kad matriks. Oh ya, blh bwk henfon juga, tp jgn slh guna pula nnti cikgu marah. eh bukan lecturer tau. XD

Ok back to the topic, aku msuk f6 mse bulan mei kalau tk silap. Tp ada juga org msuk utk sementara tunggu tawaran upu atau matriks. Itu pilihan korang lah nk sambung mne, tp better msuk f6 dulu kan mana tahu tk dpt tawaran upu ke at least korang dh ada tempat utk sambung blaja. Nnti keputusan UPU dh keluar , akan ada lah kwn2 korang tu akan keluar dr f6 sambung diploma ipta. Korang patut bersyukur kos pengajian STPM ni tk tinggi, hny perlu byr yuran pibg,yuran MUET harga RM100, kos utk mengulang subjek kalau perlu.

Mse sem 1 just blaja jela biasa2 je. Kalau korang fokus sepanjang mse dlm kelas nnti sepanjang f6 tu rasa kejap je. Tup tap dh habis form 6, percayalah. Kat sini juga korang akan jumpa kwn2 baru. Ada yg baik buruk tu biasa lah kan. Tapi aku nk igtkan korang la, BERHATI-HATI DLM MEMILIH KWN. Ada kwn yg takkan membantu korang utk berjaya di form 6 ni. Igt balik apa sebab korang sambung form 6 ni. Untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di ipta kan. Psl  nk cari bf/gf tu pun tolak tepi juga laa, better cr mse korang kt uni nnti. Lagi bnyk pilihan XD. Lps exam bulan november tu, korang blh bercuti mcm waktu skolah la. Time ni blh la buat keje part time ke kan, cr duit tampung blaja ke. Bulan januari msuk skolah balik di Semester 2. Bulan febuari kalau tk silap keluarlah keputusan exam korang utk sem 1. Kalau mengecewakan, harap korang bertabah lah, kalau perlu ulang, ulang je. Tapi jgn la ulang semua subjek sekali gus. Berdasarkan pemerhatian aku la, kalau korang dh mengulang sampai 4 subjek tu sbb fail bwh 2.00, better korang sambung diploma je. Berdasarkan pemerhatian aku org mcm ni mungkin akan fail stpm, tak pun overall keputusan STPM  tu cukup mkn je. Susah nk dpt IPTA kalau mcm tu. Tapi kalau ada keazaman yg tinggi, insyaAllah boleh buat. Buat betul2, jgn main dah. Sepanjang F6 juga korang blh bahagikan masa nk keluar jln2 dgn kwn ke kan, sbb waktu pembelajaran sama mcm waktu skolah, pkul 1pm dh blh balik kecuali ada kelas tambahan atau kokurikulum.

BTw, Korang juga akan blaja lebih mendalam psl subjek2 di STPM, contoh subjek BM, korang akan blaja psl sejarah Bahasa Melayu, cara sebutan, tatabahasa. Dgr mcm sng kan tp tk semudah itu sebab penandaan STPM ni mmg agak strict. So tk blh main2 mse form 6. Jangan bazirkan mse korang di F6, end up dpt pointer bwh 2.00. Tak ke rasa rugi tu?

Sepanjang di Form 6, pembelajaran seperti biasa, mcm kt skolah dulu la.

Kalau korang berazam nk sambung ke IPTA , aku sarankan korang skor atas pointer 3.00, disini kos apa yg korang minta tu blh dpt. Maksud aku probability utk dpt kos yg korang apply tu blh dpt la. kalau 2.50-3.00 tu blh lg, tp better korang minta uni yg jauh2 di hujung negeri mcm Unisza,UMK,UMS dan Unimas.  Bwh 2.50 pula ni mmg susah, kos lelong lah korang dpt. Jgn risau, korang blh sambung degree ke IPTS, kebanyakan IPTS syarat nk sambung degree 2.00 je dh cukup , tp kos pengajian agak tinggi lah.

Itu saje lah psl Form 6 . Harap dpt memberi sedikit info kepada pelajar2 di luar sana yg tk tahu nk sambung mne lps SPM. Kalau ada apa2 soalan aku akan tolong jwbkan kalau aku free la, silakan. Ata aku akan tambah je kt post ni. Selamat maju jaya kpd semua. ya. Bye..